PASANGAN sensasi Fattah Amin dan Fazura telah pun selamat berangkat ke Makkah pagi tadi bagi menunaikan ibadah umrah.

Dalam kenyataan media yang diberikan, perjalanan mereka berdua ini turut disertai oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

"Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa daripada semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. Insya-ALLAH.

"Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

"Terima kasih atas doa-doa kalian dan insya-ALLAH, semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," ujar Fattah Amin dan Fazura.

[ARTIKEL BERKAITAN: IG Fattah Amin dibanjiri ucapan tahniah ]

Malam tadi hangat diperkatakan mengenai pasangan ini yang dikatakan sama ada mengadakan majlis bertunang atau bernikah.  Pun begitu, masih lagi menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.