SEMALAM telah viral video yang menunjukkan pelakon Fathia Latiff sedang solat di dalam kereta ketika dia bersama temannya dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic.

Tulis temanya itu di Instastory miliknya - ridzokumura: Alhamdulillah bagus sangat @fatiyalatiff ni ikhlas sya ckp dia tak tahu pun sya ambik video ni....waktu dh nk habis Jln jem cepat2 dia sembahyang....harap jgn kecam

Pelbagai reaksi diberikan terhadap video yang dirakamkan itu.

Meskipun begitu, kata Fathia, dia tidak sedar yang kelakuannya sedang beribadah itu sedang dirakamkan.

“Saya mengerjakan solat kerana Allah, bukan untuk manusia. Itu sahaja. Itu urusan saya dengan Tuhan dan saya tidak tahu aksi saya dirakam,” kata Fathia kepada Astro Gempak.

Fathia dilihat segera pulang selepas majlis tersebut.