Rasanya belum terlambat untuk Zass mengucapkan tahniah kepada pengacara dan pelakon jelita, Dynas yang selamat melahirkan bayi keduanya, 15 Jun lalu.

Buat masa ini Dynas belum mahu berkongsi gambar anaknya itu kerana mengikut pantang larang yang digariskan ibunya.

Namun, pelakon drama Susuk itu tidak keberatan mengumumkan nama yang diberi kepada anaknya, iaitu Mohamed Haqaish, seminggu selepas kelahirannya.

Dynas dan suaminya, Mohamad Hafiz sebelum ini telah pun memiliki seorang anak perempuan, Khyra Khalyssa yang kini berumur dua tahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :