DUA tahun mendirikan rumah tangga, Marsha Milan Londoh terus positif biarpun masih belum dikurniakan zuriat.

Baginya, 'kekosongan' itu dijadikan sebagai peluang untuk lebih mengenali peribadi suami tercinta, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

"Anak? Doa-doakanlah, kita pun memang cuba sedaya upaya. Saya pun ada buat check up dan doktor pun kata semua OK saja, cuma masih belum ada rezeki lagi.

"Mungkin ALLAH, suruh saya rapatkan silaturrahim dengan suami, supaya lebih memahami lagi sebelum ada orang ketiga nanti.

"Insya-ALLAH, yelah maybe just need more time," katanya pada Sinar Harian sempena pelantikannya sebagai duta barang kemas jenama De'Lunaria, hari ini.

Bahkan, selebriti berusia 34 tahun ini mengakui seronok menjalani kehidupan rumah tangga kerana sentiasa dikelilingi keluarga tersayang.

"Lagipun, saya dan suami duduk dengan keluarga mertua. Jadi, rumah pun agak riuh.

"Alhamdulillah, my in law pula jenis yang sempoi dan selamba," katanya.

Susulan itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini juga tiada niat untuk berpindah rumah.

"Pindah? Mungkin tak kot. Lagipun, suami saya jenis yang family-oriented. Nanti, kalau dah duduk sendiri, bosan pula sebab dah biasa ramaikan dalam satu rumah.

"Lagipun, banyak kelebihan bila duduk dengan keluarga mertua. Contohnya, saya bersyukur kerana keluarga mertua banyak memberi tunjuk ajar ketika saya menunaikan umrah tempoh hari," katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha bakal menjalani penggambaran dua program travelog, Ready Set Action dan Solo Yolo untuk Astro.

Untuk itu,  Marsha dan suaminya akan terbang ke Bulgaria, selama seminggu bermula esok.

"Biasanya, dia jarang ikut jika saya bekerja,  tapi mungkin sebab jauh, jadi dia pun follow sekali," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HANYA dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail kira-kira pukul 8.55 malam tadi.
  • "DIA hanya bergurau semata-mata. Perkara itu tidak benar sama sekali," ulas heroin Laga, Marsha Milan Londoh mengenai rakaman video yang dimuat naik oleh pengarah, Michael Ang di Instagram.