TERUJA bergelar nenek, Didie Alias bakal menimang cucu lelaki, pada Mac nanti.

Kini, anak sulungnya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan sedang hamil enam bulan.

"Alhamdulillah, tak sabarnya. Maklumlah cucu pertama. Insya-ALLAH, cucu lelaki.

"Bolehlah dia panggil saya nannygaga je nanti," katanya pada Sinar Harian.

Pada masa sama, selebriti berusia 44 tahun yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia ini turut mendoakan agar kandungan anaknya berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, sihat nampak cucu nanny kat dalam tu.

"Muga dipermudahkan ya sayang. Amin," tulisnya di Instagram sambil disertai #makbuyungteringinmakanpengatdurian dan #nannygaga.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PELAKON dan pengacara Didie Alias bakal menimang cucu lelaki, pada Mac nanti.
  • PENERBIT drama, Datuk Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap pelakon, Didie Alias berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.
  • GANDINGAN dua pengacara hebat tanah air, Didie Alias dan Sharifah Shahira bakal menggamat dan memeriahkan lagi Mini Konsert Felcra sempena Karnival Pelancaran Menara Felcra, Sabtu ini di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.
  • SELAMA 15 tahun bahagia menguruskan lima orang anak, pelakon dan pengacara Didie Alias akui tidak sangka sekali lagi dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan keduanya.