SEJAK Datuk Farid Kamil direman, inilah kali pertama isterinya Datin Diana Danielle memberi kenyataan secara terbuka.

enurut kenyataan yang diperolehi di Instagram Diana, menjelaskan bahawa dia berdiam diri selama ini kerana perlu mengambil masa sebelum bercakap.

“Pertama, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada suami dan saya.

“Kedua, suami tidak pernah walau sekalipun bertindak kasar terhadap saya.

“Saya sentiasa bersamanya untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi hubungan yang sememangnya kukuh,” jelas Diana.

Di akhir perenggan, Diana memberitahu bahawa dia tidak akan menjawab apa-apa pertanyaan lagi mengenai isu ini.

Dengan kenyataan terbuka ini, sekali gus menafikan pelbagai khabar angin di laman sosial ketika ini.

Farid telah dikenakan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :