KREATIF dan lucu! Petikan perkataan yang dilontarkan seseorang juga boleh dijadikan sumber karya dalam penghasilan sebuah muzik rupanya.

Ketika kontroversi kekecohan di sidang Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen baru-baru ini masih diperkatakan, tampil seorang pemuda menghasilkan adunan muzik rancak (remix)  hanya menggunakan petikan dialog tersebut.

Tinjauan Sinar Harian sehingga jam 8.00 malam tadi di akaun Facebook seorang pemuzik, Brian Doroz mendapati, video berdurasi 1 minit 4 saat itu memaparkan aksi ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sedang berang apabila ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin cuba membuat provokasi pada Selasa lalu.

Situasi itu menyebabkan Bung berang dan meminta supaya Willie menarik semula kenyataan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Bung Mokhtar keluar perkataan kesat]

“Apa ini biadab, kurang ajar! Tarik balik! Ini biadab Yang Di Pertua! Dia kurang ajar dan tak layak duduk sini.

Sementara itu, video yang dimuat naik sejak semalam itu telah mendapat lebih 4,000 reaksi pelbagai emotikon, 866 komen, lebih 13,000 kongsi.

Malahan lebih video tersebut telah ditonton oleh lebih 409,000 penonton.