PELAKON Fattah Amin terpaksa berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan bagi memberi ruang untuk fokus terhadap bisnes.

Tambah bekas Hero Remaja berusia 27 tahun ini lagi, sejak Januari lalu, dia tidak mempunyai sebarang komitmen penggambaran kerana mahu memberi ruang untuk diri sendiri, sekali gus membolehkannya  melakukan hal lain di luar lapangan seni.

Bagaimanapun, hero drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini bakal terlibat di dalam sesi promosi filem aksi lakonannya, KL Special Force yang bakal ditayangkan Mac depan.

“Setakat ini, saya tidak mengambil tawaran berlakon kerana perlu selesaikan beberapa komitmen lain. Antaranya memberi tumpuan terhadap jenama diet, MRP Diet Soup yang bakal dilancarkan bulan depan.

Bagaimanapun. katanya produk itu sudah dijual sejak beberapa bulan lalu. namun mereka merancang perasmiannya pada Mac ini.

“Pada masa sama, saya juga turut menubuhkan Stalkers Cafe Event Space dan Alhamdulillah, tempahan ruang majlis yang kami terima begitu menggalakkan. Malah kami juga turut merancang untuk melakukan showcase akustik istimewa. Insya-ALLAH, Fazura pun akan turut serta.

Selain persiapan resepsi, kata Fattah, dia turut sibuk dengan  filem lakonan bersama Rosyam Noor dan Syamsul Yusof.

 “Kena susun jadual supaya tidak kelam-kabut,” katanya kepada Sinar Harian selepas ditemui di majlis pra tonton drama televisyen lakonan Fazura, Janji Zehan di GSC Signature, The Gardens baru-baru ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :