JUTAWAN popular Datuk Aliff Syukri dikecam lagi oleh netizen.  Kali ini kerana membeli patung dan meletakkannya di hadapan pintu rumah.

Seperti yang ditunjukkan di Instagramnya, Aliff nampaknya gembira dengan patung tersebut.

Pengikut-pengikut Aliff yang seramai 2.5 juta itu turut memberikan pelbagai reaksi.

Sinar Harian mendapatkan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun, untuk memberikan reaksinya.

"Saya memberikan komen berdasarkan pengetahuan saya yang sedikit ini ya. Dalam al-Quran, hadis pun telah diberitahu bahawa memang tak boleh walaupun untuk hiasan.

"Dari segi agama memang tak boleh. Ia seperti menyamai dengan perbuatan yang menyerupai agama lain.  Jadi memang tak boleh dan dikeluarkan," jelas Hafiz.

Pun begitu, Hafiz tidak mengecam Aliff sebaliknya memberitahu bahawa kita tidak tahu apa niat sebenar Aliff.

"Kalau tak tahu, kita sama-sama belajar dan cepat-cepat perbaiki diri.

"Kita nak berjaya di dunia dan akhirat.  Alif memang telah berjaya di dunia dan harapnya berjaya juga di akhirat kelak.  Jadi perkara-perkara begini eloklah dielakkan," katanya lagi.