PELAKON Catriona Ross mendapat pujian netizen apabila sanggup bersusah-payah menjaga kebajikan suaminya yang dimasukkan ke hospital dua minggu lalu.

Menerusi Instagramnya, Catriona, 38, menceritakan semula pengalaman menjaga suaminya sepanjang ditahan untuk pemantauan kesihatan akibat demam.

"Sudah dua minggu suami saya dibenarkan pulang dan sihat Alhamdulillah. Kembali bekerja dan menjalani rutin hariannya seperti biasa.

"Saya tidur di sofa bed setiap malam kalaula tiba-tiba dia memerlukan bantuan atau apa-apa dan semestinya jika sakit, kita mahukan orang teman kita kan.

"Ketika dimasukkan ke wad, memang rasa bimbang tetapi jujurnya ia merapatkan hubungan kami dan kami berpeluang untuk berbicara tentang banyak dan macam-macam perkara," tulisnya di Instagram.

Catriona turut berkongsi beberapa keping foto sepanjang suaminya, Shaharuddin Mokhtaruddin ditahan di pusat perubatan ibu kota itu.

Malah para pengikut turut meninggalkan komen dan turut mendoakan kesejahteraan pasangan ini.      

"Sakit apa Cat... semoga cepat sembuh ... banyak baca doa Bismillah...," tulis megawati_mohamed.

"Semoga kekal bahagia sampai ke jannah ALLAH kak @catrionabrianross amin," tulis eizaosmann

"Moga suami dan @catrionabrianross sihat sentiasa. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang sakitkan," tulis najihah_gayah.

"Alhamdulillah, saya peminat tegar kakak dari pertama dalam lakonan.  Semoga kakak dan suami sentiasa dalam rahmat dan keredhaan ALLAH (S.W.T)," tulis raramohamad.