KUMPULAN Caliph Buskers menyeru kepada mereka yang mengecam pengacara Nabil Ahmad, hentikan perbuatan itu dengan serta-merta.

Menurut salah seorang daripada anggota kumpulan itu, Azmi, Nabil tidak bersalah malah Caliph sudah menganggap hos MeleTop itu seperti saudaranya sendiri.

"Assalamualaikum... saya Azmi wakil daripada Caliph Buskers, hari ini kami sedih sangat sebab abang atau sahabat kami Nabil Ahmad dikecam, dihina ataupun didoakan buruk-buruk.

"Sebenarnya Nabil dengan kami ini dah macam adik beradik. Justeru kami merayu hentikanlah kecaman anda.

"Bahkan, kami bergurau lebih kasar pada hari tu," rayu Azmi.

Tegasnya lagi, biarpun ramai yang melihat gurauan Haji Nabil Ahmad itu kasar terhadap Caliph sebelum ini, namun kecaman biarlah berpada-pada.

Pelakon, Nabil Ahmad

"Memang isu ini saya akui agak sensitif tapi janganlah kecam sampai macam tu sekali. Kita doakanlah yang baik-baik.

"Caliph Buskers doakan semoga Nabil dikurniakan anak yang sihat, bahagia bersama keluarga di dunia dan di akhirat. Amin...," katanya lagi.

Sementara itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut mencoret luahan isi hatinya di IG @nabilzira

"Amin amin ya rab... terima kasih sahabatku Azmi Calip Buskers for this... video ni cukup melegakan hati selepas mengetahui ada hamba-hamba ALLAH yang mendoakan benda-benda yang tak baik pada anak-anak saya... Salam Jumaat pada semua semoga ALLAH sentiasa memberkati kita semua insya-ALLAH," coret Nabil.