• Bukan kerana glamor Izzue dan Adleena
  • Izzue Izzue
  • Bukan kerana glamor Adleena Nordin
1 /

Nama Izzue Islam, barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula melibatkan diri dalam bidang lakonan dan modeling, namun Izzue mula menjadi perhatian selepas menganggotai kumpulan Forteen.

Meletakkan bidang nyanyian dan lakonan seiring, Izzue berkata, dia menceburi dua bidang dalam satu masa bukan kerana gilakan glamor, sebaliknya bidang seni jadi minatnya sejak kecil lagi.

"Saya bersyukur kerana peminat menyokong kedua-dua karier seni saya dan tidak pernah membandingkan sama ada, lakonan lebih baik daripada nyanyian atau sebaliknya.

"Saya pilih untuk jadi pelakon dan penyanyi bukan kerana populariti sematamata, sebaliknya kerana kepuasan dan saya harap peminat menyokong karier seni saya," ujar pemilik nama sebenar

Muhammad Izzul Islam Mazlan ini. Berbeza dengan Adleena, gadis berusia 23 tahun ini boleh diibaratkan masih terlalu mentah dalam industri seni. Biarpun mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang lakonan, namun percubaan nasibnya menyertai sesi uji bakat untuk fi lem Chikaro jadi titik tolak penglibatannya dalam bidang seni.

Mengakui masih berdebar menanti reaksi peminat terhadap penglibatannya dalam bidang lakonan, Adleena percaya jika sudah tertulis rezeki buatnya, pasti akan ada peluang yang sudah menanti.

"Sejak zaman sekolah rendah lagi, Adleena tidak menyangka mereka akan bergandingan dalam dua filem yang sama iaitu Cikaro dan 29 Februari.

"Menerusi 29 Februari, Adlina menjadi adik saya dan saya juga turut membawa watak orang kurang upaya iaitu sebagai orang buta. Walaupun Adleena masih baru, tidak sukar bergandingan dengan dia kerana Adleena memang berbakat.

"Malah jika kami digandingkan lagi selepas ini, saya bersedia untuk bergandingan dengan dia. Bila sudah dua kali bekerjasama, memang mudah buat kami bekerjasama lagi selepas ini," ujar jejaka berusia 22 tahun ini.

Tumpang populariti Almi Nadia?

PERTAMA kali bertentang mata dengan anak kelahiran Kuala Lumpur ini, penulis terus teringatkan aktres Almy Nadia saya sangat meminati bidang lakonan dan ada menyertai beberapa pementasan teater di sekolah. Kebetulan saya menjadi pengikut Nizam Zakaria (pengarah) di laman sosial Twitter beliau.

"Bila dia beritahu ada sesi uji bakat untuk sebuah filem, saya tidak berfikir panjang menyertainya. Tapi tidak sangka pula saya terus mendapat watak utama.

"Selepas selesai penggambaran Cikaro, saya ditawarkan pula untuk berlakon dalam filem 29 Februari dan membawakan watak gadis bisu. Malah, saya turut diajar bahasa isyarat bagi menampakkan ia seolah-olah benar.

"Walaupun dalam 29 Februari saya tidak bawa watak utama, namun saya tetap puas hati kerana dapat bekerja di bawah tunjuk ajar abang Edry," jelasnya yang juga menyertai bidang lakonan bukan kerana populariti.

Barang kali sudah rezeki, Izzue dan kerana wajahnya yang persis kepada kekasih Fizz Fairuz itu.

Namun, ternyata Adleena tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan aktres yang terkenal menerusi Cinta Buat Emelda tersebut.

"Muka saya seperti Almy? Saya tidak perasan pun muka saya seperti dia. Tapi jika benar sama, saya tidak kisah kerana bukan ke kita memang ada tujuh kembar di dunia. Lagi pun Almy cantik (ketawa), saya rasa bangga jika orang samakan saya dengan wajahnya," katanya.

Bagaimanapun, Adleena berharap, tidak ada mana-mana pihak yang membandingkan lakonan mereka, atau menganggap Adleena cuba menumpang populariti Almy.

"Perbandingan itu memang selalu ada, tapi janganlah bandingkan saya dengan Almy kerana tentulah dia lebih bagus. Saya tidak kisah orang kata saya sama dengan dia.

"Tapi tidaklah sampai tahap cuba menumpang populariti dia. Biarlah saya dengan cara saya dan Almy sudah tentulah sudah berada di tahapnya sendiri," kata graduan jurusan undangundang ini.

Adleena peguam selebriti

TIDAK mahu menjadi artis yang bersandarkan bakat dan rupa sahaja, Adleena mahu menjadi seorang selebriti yang turut mempunyai kebijaksanaan dan latar pendidikan yang baik.

Justeru, biarpun kariernya baru sahaja bermula, Adleena kini terpaksa menolak mana-mana tawaran yang datang dalam tempoh sembilan bulan akan datang.

"Saya baru sahaja tamat pengajian dan akan menjalani latihan amali dalam tempoh sembilan bulan. Saya mengambil jurusan undang-undang di Universiti Malaya.

"Buat masa ini, saya sudah merancang untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi lagi.

"Mengenai hala tuju saya dalam bidang seni, saya belum tentukan lagi. Mungkin selepas tamat latihan amali, baru saya akan tentukan ke mana hala tuju saya. "Malah, keluarga juga tidak menghalang pilihan saya, cuma mereka mahu saya menyelesaikan pengajian sebelum terlibat sepenuh masa dalam bidang ini," katanya.

Atasi ahil Forteen lain?

SEMENTARA itu, Izzue menafi kan bahawa penglibatannya dalam bidang lakonan membuatkan dia lebih popular dari ahli kumpulan yang lain.

Malah, ada kata-kata nakal yang mengatakan Izzue memilih untuk terlibat dalam bidang lakonan kerana ingin menonjol dari tiga ahli Forteen lain iaitu One, Ameer dan Ariz.

"Saya rasa tidak adil jika ada pihak mengatakan saya lebih popular daripada anggota Forteen yang lain.

Masing-masing ada peminatnya yang tersendiri. Bagi saya, tidak ada isu kami bersaing untuk menonjolkan diri masing-masing kerana kami bergerak seiring. Lagi pun saya menyertai bidang lakonan sebelum bersama mereka lagi," katanya.

Izzue berkata, biarpun kadangkala tidak dapat memenuhi jadual persembahan pentas, namun ia tidak menimbulkan masalah di kalangan tiga yang lain.

"Jadual saya disusun oleh KRU Music selaku syarikat pengurusan kami. Jadi, tidak ada sebab saya lebihkan karier nyanyian atau lakonan kerana kedua-duanya minat dan keutamaan saya. "Ahli yang lain pun sudah sedia maklum dengan jadual saya dan mereka beri sokongan penuh terhadap karier saya," katanya yang sibuk promosikan single kedua Forteen, Seperti Dulu.

Menurut Izzue, KRU Music sudah merencana untuk menerbitkan album EP mereka yang dijangka hujung tahun ini atau selewatnya awal tahun depan.Katanya, album tersebut akan menggunakan sepenuhnya khidmat Edry sebagai komposer dan kini mereka sedang mengumpul material yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam album tersebut.

"Kami mungkin akan buat sedikit kelainan tapi konsep masih sama. Kalau nak tahu hasilnya, peminat Forteen kenalah tunggu," ujarnya.

Bukan anak emak KRU

TIDAK sekadar dikatakan cuba mencantas populariti anggota yang lain, Izzue juga dikatakan anak emas KRU sehingga mendapat pelepasan untuk mengecualikan diri dari menghadiri persembahan dan sering mendapat tawaran lakonan dari KRU Studios.

"Sejujurnya perkara itu tidak benar sama sekali. Masih ramai lagi artis naungan KRU yang mendapat tawaran seperti saya. "Cuma sebelum ini, saya hanya mendapat tawaran lakonan televisyen dan saya bersyukur kerana KRU membuka jalan buat saya melebarkan bakat ke layar perak. Mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan saya amat berterima kasih dengan peluang yang diberikan," katanya.

Izzue yang mula dikenali menerusi filem Songlap pada tahun lalu bakal muncul dalam dua buah fi lem pada tahun ini iaitu 29 Februari dan Hantu Kapcai.

Dia juga terlibat dalam filem Ular dan Chikaro yang akan ditayangkan pada 2013.

PROFIL ADLEENA

NAMA : Adleena Nordin

NAMA GLAMOR : Adleena

UMUR : 23 tahun

TARIKH LAHIR : 17 Oktober 1989

ASAL : Kuala Lumpur

FILEM : Chikaro, 29 Februari

IKLAN : Pos Malaysia


PROFIL IZZUE

NAMA : Muhammad Izzul Islam Mazlan

NAMA GLAMOR : Izzue Islam

UMUR : 22 tahun

TARIKH LAHIR : 2 Jun 1990

ASAL : Kota Bharu, Kelantan

PENDIDIKAN : SPM

DRAMA : Gemilang, Cita dan Cinta, Aishiteru, Papa Nak Kahwin, Bola Cinta, Jangan Ambil Padang Kami, Aku Tak Percaya Cinta

FILEM : Songlap, 29 Februari, Hantu Kapcai, Ular, Chikaro, Mat Tudung

SINGLE : Berdua Bersatu, Seperti Dulu