Britney Spears bersama tunangnya, Jason Trawick
Gara-gara penglibatan Britney Spears menerusi program realiti The X Factor, hubungan bersama tunangnya, Jason Trawick di ambang perpisahan.
Menurut sumber, sejak Spears menjadi juri program itu, dia tidak mempunyai masa untuk Trawick dan hanya memberikan perhatian kepada kerja sahaja.
"Trawick sanggup berhenti kerja dan menguruskan perjalanan karier Spears. Namun berbeza pula dengan Spears yang dikatakan semakin melupakan tunangnya itu.
"Jadi, Trawick mengambil keputusan meninggalkan Spears. Namun kami berharap mereka akan bersama selamanya," kata sumber itu.
Bagaimanapun, sehingga kini ia masih belum disahkan pasangan ini.
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.




