Brian tamat kontrak
Brian

NAMPAKNYA, penyanyi pop terkenal Korea, Brian akan menamatkan kontraknya bersama syarikat rakaman Jellyfish Entertaiment tidak lama lagi.

Menurut wakil syarikat itu, Brian sudah bersama syarikat tersebut sejak 2010 lagi.

"Kami telah berbincang dengannya dan dia telah membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak terbabit.

"Mungkin dia akan bergerak sendiri selepas ini atau mengikat kontrak dengan syarikat lain. Apa pun segala keputusan di tangannya," katanya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.