PENYANYI, Datuk Khatijah Ibrahim, 58, enggan menganggap dirinya seorang juri yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai juri Gegar Vaganza kelima (GV5).

Menurut penyanyi popular Ku Gembira Di Samping Mu itu, dalam memberikan komen biarlah beralas dan tidak mahu memberikan tekanan kepada peserta.

"Komen saya selalu memberikan yang berunsur nasihat bukan untuk menjadikan peserta ini tertekan.

"Biarlah orang cakap saya pekak. Saya dah nyanyi 40 tahun jadi saya tahu.

"Namun takkan saya nak gunakan itu sebagai alasan untuk menjatuhkan peserta di atas pentas? Saya tak buat perkara macam tu," katanya komen biarlah beralas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya tak akan pijak orang yang dah jatuh: Ramli MS]

Sementara itu, penyanyi otai itu turut berharap kepada semua peserta yang layak ke final buat yang terbaik.

"Saya lihat ada dua ke tiga peserta boleh menang sebab mereka berusaha dengan konsisten.

"Kepada peserta masing-masing dah tahu untuk jaga suara dan kesihatan oleh itu siapa bagus dia menang. Kalau dah tertulis itu hak dia maka itu hak dia," katanya lagi.

Antara barisan peserta yang melayakkan diri ke pentas akhir GV5 Ahad ini terdiri daripada Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Mya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.