AHLI Perniagaan, Datuk Rayos Abdul Rahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah dalam kemelut perkahwinannya bekas isterinya, Siti Arifah Amin bersama penyanyi, Hafiz Hamidun.

Menurutnya, pelbagai kenyataan bercanggah disiarkan oleh beberapa penerbitan telah menyebabkan imejnya tercalar.

“Saya kesal. Mereka ambil sana sikit, sini sikit dan gabungkan serta membuat kesimpulan sendiri,” katanya kepada media selepas pengurusan kes pendaftaran pernikahannya bersama Siti Arifah atau lebih dikenali sebagai Joy Refva di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini

Katanya, beliau sentiasa memberikan kerjasama penuh berhubung perkara itu kerana mahu perkahwinan Joy dan Hafiz berjalan lancar.

“Saya benar- benar kecewa selepas isu ini timbul seolah-olah saya tidak memberi kerjasama,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYANYI nasyid Hafiz Hamidun, menggesa mana-mana pihak yang mendakwa bahawa beliau bukan lelaki sejati dan sukakan kaum sejenis menampilkan bukti berhubung dakwaan itu.
  • PENYANYI nasyid, Hafiz Hamidun mengakui bahawa beliau tidak pernah melakukan hubungan kelamin sejak awal pernikahan beliau dengan Siti Sharifah Amin, 30, (Joy Revfa).
  • TERPANGGIL untuk menjelaskan berhubung 'kisah perkahwinannya' penyanyi Hafiz Hamidun akan membuat kenyataan ringkas berhubung perkara itu hari ini.
  • ISTERI penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa memfailkan pembubaran pernikahan mereka pada 18 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tindakan suaminya itu yang meragui pernikahan mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.