BEKAS pengurus artis kepada ramai artis popular, Sam Kassim menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Antarabangsa, kira-kira jam 5.20 pagi tadi.

Sam Kassim atau nama penuhnya, Samsubahri Kassim, 55, menghidapi komplikasi jantung selain penyakit kanser prostat dan hati.

Antara rakan artis yang pernah mendapatkan khidmatnya adalah Erra Fazira, Amy Mastura, Noryn Aziz, Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam di dua syarikat rakaman.

Selepas itu,  Allahyarham menubuhkan syarikat pengurusan acara.

Jenazah dikapan dan disolatkan di Masjid Bukit Antarabangsa. Dikebumikan  di kampungnya di Terengganu.