BAPA kepada pelakon popular, Syafiq Kyle, iaitu Abdul Razak Hussin, 55, dikejarkan ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, semalam.

Media Hiburan yang berada tempat kejadian difahamkan, bapa pelakon yang hadir pada majlis Meet & Greet di RedBox, Empire Subang, tiba-tiba rebah.

Menurut pengurus aktor tersebut, Shaw Amer, bapa Syafiq mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

"Saya difahamkan bapanya ada sejarah darah tinggi dan dia sendiri yang menghantar bapanya ke hospital sambil ditemani ibunya.

"Harap semuanya dipermudahkan dan tiada apa-apa yang berlaku. Sama-sama kita doakan agar semuanya baik," katanya.