GEORGETOWN - Balu vokalis kumpulan Alleycats mendiang Datuk A. Loganathan, Datin Susan Loganathan berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana prihatin akan nasib mereka sekeluarga selepas rumah yang didiami rosak akibat kebakaran pada Isnin lepas.
Beliau yang masih bersedih dengan kejadian itu turut melahirkan rasa lega kerana masih ada pihak yang sudi membantu dan tidak melupakan sumbangan mendiang suaminya dalam bidang seni tanah air.
"Lega... tiada perkataan yang dapat menggambarkannya. Saya berterima kasih kepada semua," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM50,000 daripada dana khas untuk membantu golongan artis di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di sini hari ini.
Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.
Dalam kejadian 11 pagi Isnin lepas, tingkat atas rumah yang disewa sejak 12 tahun lepas itu musnah dijilat api. Turut musnah koleksi piring hitam nyanyian Loganathan sejak tahun 1980-an serta barangan berharga lain.
Ketika kejadian, Susan yang tinggal bersama adiknya Kevin Jonathan Boudville, 46, sedang berehat di ruang tamu di tingkat bawah rumah teres tersebut.
Sementara itu, D'cruz berkata sumbangan bertujuan membaik pulih bahagian rumah yang terbakar.
"Selain itu dari semasa ke semasa pihak kita juga akan lihat keperluan lain keluarga ini dan sedaya upaya kita akan membantu," katanya. - Bernama
Balu Loga terharu keprihatinan Kerajaan Pusat
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Idham temui Cinderella
- Saiful Apek dan pekerjanya diarah bela diri
- Fouziah Ghous pilih Datuk Seri
- Wan Sharmila kongsi rahsia awet muda
- Jejas imej artis!
- Eina: Ibu Afiq Muiz bakal disaman
- Teringin nikmati nasi lemak, roti canai
- Batal majlis pertunangan!
- Belum sedia jadi isteri
- Rembau Most Wanted lebih popular daripada Waris
- Awie: Buat lawak itu susah
- Afiq oh Afiq!
- Empat bintang Kilauan Emas mara ke final
- Eina : 'Dia kurang siuman'
- Aaron sekeluarga pulang ke Singapura
- Masih menagih cinta
- Pertaruh selebriti popular
- Cinta selepas kahwin: Ulfah, pelengkap hidup Imam Muda Hassan
- Tiz Zaqyah 'tayang' teman lelaki?
- Yana Samsudin heroin terhebat?
- Hattan Belum Tentukan Tarikh Nikah
- "Afiq, Cukup-Cukuplah Aibkan Keluarga" - Zed Zaidi
- Gandingan Mantap Aizat & Yuna
- Saiful Apek Diarah Bela Diri
- Shajiry Nikah 1 Jun
- Iz Juara Selebriti KL Towerthon!
- Leuniey Sudah Berhijab?
- Aplikasi Tonton Di Samsung SMART TV!
- “Saya Kejar Pasaran Antarabangsa Bukan Anugerah Antarabangsa” - Ahmad Idham
- "Eina Lupa Nak Cakap ‘Off Record’" - Eina Azman




