THE BrandLaureate Brand ICON Leadership Awards 2017 memberikan anugerah The BarandLaureate Grand Master Brand ICON Leadership Award kepada penyanyi, Dayang Nurfaizah atas pencapaian di peroleh dalam industri muzik tempatan.

Dayang menerima anugerah dalam kategori terbabit bersama beberapa lagi ikon negara antaranya Penerbit dan Komposer Datuk Wah Idris, Pemain viola; Dr. Joanne Yoeh, Pemenang acara 100 meter Sukan Sea, Khairul Hafiz Jantan, atlet penerjun negara Cheong Jun Hoong dan pemain bowling negara, Shalin Zulkifli.

Ditemui selepas menerima anugerah itu Dayang menyifatkan anugerah yang diberikan sebagai satu penghargaan atas kejayaan diraih dalam industri muzik tempatan kebelakangan ini.

"Sebagai penggiat seni sudah tentu saya berasa bangga dengan anugerah yang diberikan, bersama dengan ikon dalam bidang-bidang lain.

"Penganjur melihat penggiat seni seperti saya juga mampu menyumbang dalam membina jenama sesuai tema majlis tahun ini Ikon-Signifikan Kehidupan," katanya.

Kata Dayang lagi, dia difahamkan  mereka yang menerima anugerah berprestij ini dinilai menerusi inovatif ditampilkan  dalam meletakkan kerjaya ke tahap tertinggi dan membina jenama.

"Penganjur menyatakan mereka yang menerima anugerah dalam setiap kategori dianggap ikon kerana memiliki kekuatan dan berani untuk melangkah jauh," katanya.

Dayang menerima anugerah yang dianjurkan Asia Pacific Brands Foundation (APBF) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, di sini, sebentar tad

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYANYI bersuara serak-serak basah kini popular dengan lagu Separuh Mati Ku Bercinta, Dayang Nurfaizah akui, pada tahun ini dia tidak dapat bercuti panjang sempena Syawal atas komitmennya terhadap seni.
  • LEBIH 20 tahun lalu, Dayang Nurfaizah, ‘mengetuk’ pintu industri seni Malaysia selepas menyertai program nyanyian Golden Teen Search pada 1996.
  • PENAMPILAN istimewa penyanyi vokal terbaik, Dayang Nurfaizah dalam satu konsert khas anjuran Universiti Teknologi Petronas (UPT), bertujuan mengumpul dana untuk Tabung Yayasan UTP yang dijadualkan pada bulan Julai depan.
  • KEBELAKANGAN ini, skala seni penyanyi yang berasal dari Bumi Kenyalang, Dayang Nurfaizah, 36, cukup membanggakan. Satu demi satu lagu-lagu nyanyiannya mendapat reaksi positif yang memberi ruang selesa buat pemilik nama lengkap, Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini untuk terus mengembangkan kualiti muziknya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.