HANYA sekeping gambar, pelbagai andaian boleh dibuat. Melihatkan gambar yang dimuat naik oleh penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini di laman Instagramnya, ramai peminatnya mula berteka-teki mengenai dirinya sudah hamil.

Rata-rata meneka, penyanyi kesayangan ramai itu sudah pun berbadan dua.

Dengan susuk tubuhnya yang kelihatan sedikit berisi, peminat tegar Datuk Siti Nurhaliza mula meninggalkan komen dengan doa agar penyanyi lagu Aku Cinta Padamu ‘baik-baik menjaga diri’.

“Menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah sudi mencemar duli ke teratak Patik.. Tengku Puan inspirasi wanita soleha dan kesayangan rakyat jelata .. Ampun Tuanku,” tulis Siti di ruangan kapsyennya.

Ia diperkuat apabila Siti Nurhaliza tidak muncul membuat persembahan pada majlis penutup Sukan Sea ke-29 di Bukit Jalil, Rabu lalu.

Selain itu, Siti Nurhaliza yang kebiasaan akan berkongsi gambar-gambar atau pun video aktiviti hariannya juga sudah lama tidak berbuat demikian.

“Alhamdulillah kalau kak ti pregnant sebab tu tak ikut sama pegi haji i guess . . Insya-ALLAH, ALLAH beri rezeki hamil bersalin dan punya anak. Aminnn aminnn,” tulis nur_shazuani.

Komen sama turut dikongsi  norulsalwa_7 yang bersyukur jika penyanyi kesayangannya benar-benar hamil.

“Alhamdulillah.. syukur.. semoga dipermudahkan @ctdk sehingga bersalin.. rehat secukupnya jangan stress.. apa-apa pun kami rindu pada @ctdk,” katanya.

“Baby bump, macam gugurl je oopps.. Tahniah tok ti.. Semoga tok ti sihat sentiasa,diberi perlindungan dan permudahkan segala urusan. Aamiin,” tulis wanzarita311282.

 

Namun ada juga komen-komen yang tidak mahu peminat membuat andaian sendiri.

 

“Harap-harap peminat-peminat jangan buat andaian sendiri, jika berita gembira.. InsyaALLAH, Dato Siti akan umumkan... Kita Doakan yang baik-baik ya,” tulis salinna_daud.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.