Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila memberitahu bakal menerima cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Berita gembira itu dibuat Nabila, 34, menerusi akaun Instagram miliknya.

"Baby nak keluar dah soon..! Baby sihat alhamdulillah dan maknya pun sihat juga tak bagi chann.

"Doakan kami semoga semuanya dipermudahkan insya-ALLAH Amin," coret Nabila yang dijangka melahirkan zuriat pertama di hospital swasta, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Rata-rata peminat dan pengikut Nabila teruja dengan perkhabaran baik itu.

Jelas terpancar seri ibu mengandung di wajah Nabila.

Sharnaaz dan Noor Nabila Mohd Noor disatukan pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Hotel Royale Chulan.