PELAKON veteran, Azean Irdawaty, 63, sekali lagi dimasukkan ke hospital jam 11 malam Isnin lalu.

Sebuah portal yang memetik anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sebagai berkata, keadaan ibunya tidak membimbangkan.

"Keadaaan mama stabil dan masih mendapat ratawan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Benjy mengharapkan semua yang mengenali ibunya mendoakan kesihatan aktres itu dan boleh pulang segera ke rumah.

Azean sering keluar masuk hospital ekoran penyakit tumor yang dihadapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NAMA Azean Irdawaty Yusoef, 63, bukanlah satu nama asing dalam industri seni tanah air kerana bakat seni yang dimiliki berjaya meninggalkan kesan yang mendalam buat peminatnya.
  • KUALA LUMPUR - Jenazah seniwati Azean Irdawaty Yusoef, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Al-Mamuriah Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.