PELAKON Ayu Raudhah telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak keempat di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto yang dimuat naik, Ayu berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.

Menurutnya, bersempena dengan Awal Muharam, Laura Zuleykha akan menjadi kakak dan hasrat suaminya inginkan anak ramai, ditunaikan.

"Rezeki ALLAH tu datang dalam berbagai bentuk”.... #syukuralhamdulillah #19weekspregnant

#laurazuleykhanakjadikakak #awalmuharam #suaminakanakqamai #Allahpunbagi," tulisnya.

Ayu dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin pada 21 Januari 2011.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zuleykha, setahun.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Ayu atau kini dipanggil Mak Su dan turut mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.

Ayu memegang watak Mak Su dalam Cinta Bukan Kristal bersama Sharnaaz Ahmad dan juga Ayda Jebat menerusi saluran Akasia TV3 jam 7 malam.