DEK kerana tak dapat pulang beraya di kampung halaman, penyanyi Salma Asis memberitahu setiap kali Syawal tiba dia akan memasak menu tradisi Sabah.

Jelas juara program Mentor musim kelima ini, melalui cara itu sedikit sebanyak dapat memujuk hatinya yang tak dapat pulang berhari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman, Tawau, Sabah.

“Bercerita tentang rindu tak pulang beraya ini, pada hari raya pertama teringat juga bila lagi agaknya dapat beraya dengan keluarga di Sabah, lebih-lebih lagi terdengar takbir raya.

“Tapi, saya ada masak tradisi masakan Sabah iaitu ayam masak merah. Dapatlah saya ubati rindu di hati ini.

"Lazimnya pada hari raya korban baru balik," katanya kepada Sinar Harian.

Menyelami kisah kemeriahan sambutan lebaran, figura berusia 27 tahun ini bercakap, kemeriahan berhari raya di kampung lebih meriah.

“Perbezaan raya di Sabah dengan keluarga Azri berbeza. Dengan suami beraya sebagai orang bandar.

"Di Sabah suasana kampung lebih meriah. Malam pasang pelita bawa anak-anak bermain bunga api.  

Di sini lain sikit, kat sana malam raya berjaga sebab masak buras satu keluarga besar buat.

Dalam perkembangan karier, selepas hari raya Salma bakal mengeluarkan dua lagu terbaharu.

Kali terakhir single Salma berjudul Akhirnya Cinta