SEJAK berita mengenai kesihatan pelakon Puteri Balqis mendapat perhatian umum, ramai yang tidak putus-putus mendoakan agar Balqis cepat sembuh.

Pun begitu, menurut ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz berkata, berita tentang anaknya menghidap penyakit kanser bukanlah satu perkara yang boleh dianggap bahan sensasi.

"Babe aku ada dengar berita sensasi ni, cerita panas anak kau sakit?," tulis pengirim.

"Anak sakit bukan berita hangat atau cerita sensasi, syaitan. Gua bukan makcik bawang," balas Ashikin.

Berkongsi mengenai isu tersebut, rata-rata netizen memberikan komen kepada si ibu untuk mengabaikan persoalan yang tidak peka dengan isu sensitif ini dan berharap Ashikin terus bersabar.

Puteri Balqish sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam perkembangan terbaru, Balqis dilaporkan semakin sihat. Alhamdulillah.