NALURI seorang anak terusik bila melihat ayahnya bersama wanita lain. Mana taknya, ibu dicurangi dan dia pula terpaksa melihat adegan mesra itu berlaku di depan mata.

Itulah yang dirasai Hayla, anak bongsu kepada pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Walaupun baru berusia 3 tahun, namun dia sudah faham bagaimana sakitnya perasaan bila ibunya diduakan dengan wanita lain oleh si bapa.

Segalanya bermula apabila Aeril Zafrel telah menunjukkan potongan video lakonannya dengan Elizad Shariffuddin dalam sebuah drama bersiri yang dilakonkan mereka kepada Hayla.

Bagaimanapun, video itu telah membuatkan Hayla mengamuk lalu menyakiti tubuh bapanya.

"Ayah janganlah dengan perempuan lain... kesian mama"

Pada umur 3 tahun, Hayla sudah pandai memahami perasaan orang dewasa jika dicurangi, membuatkan Wawa Zainal sendiri terharu sehingga hampir menangis.

"Sehingga kini tidak boleh melupakan saat itu dan berharap agar ayahnya juga akan mengingati perkara itu sampai bila-bila," tulis Wawa juga sebagai satu amaran agar tidak berlaku di alam realiti.

Namun kata Wawa mereka berdua terpaksa memberikan penjelasan bahawa itu hanya lakonan ayahnya kepada Hayla, barulah kanak-kanak itu berhenti menangis.      

Perkara itu menarik perhatian netizen dan telah mendapat lebih 280,000 views.

"Wow!Terbaiklah mama @w4w4_zainal. Dia dah ada tukang 'backup'.  Suka tengok mereka satu keluarga. Harap bahagia sampai syurga. Pandai Hayla. anak yang baik,"  tulis sitikhadijahahmad4156.

"Ayah sedang cari rezeki... kerje.. anak-anak saya pun macam itu.  Baharu 4 tahun sudah faham. Papa tak boleh ada orang lain," tulis farah.

"Rasa nak nangis baca kapsyen ini. Hayla," tulis afiefahysf

"Wahh! Bagusnya Hayla.  Dia pun faham," tulis _nurazwaaa.