Kate Middleton
$entry.content.caption.value

Putera William ternyata seorang yang sangat romantik apabila menghadiahkan anak anjing pada hari lahir isterinya, Kate Middleton, baru-baru ini.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga April tahun lalu ini dilihat merakamkan gambar bersama ‘hadiah’ tersebut semasa berjalan berhampiran istana kediaman mereka di Anglesey, Wales.

Dipercayai, anak anjing tersebut merupakan hadiah Putera William untuk isterinya yang menginjak usia 30 tahun.

“Pasangan ini sering bermain bersama anak anjing tersebut di halaman rumah mereka,” kata sumber.

Kedua-dua pasangan ini memang dikenali sebagai pencinta anjing dan mereka membelanya sebagai binatang peliharaan.

Sebelum ini, William sudah mempunyai anjing jenis Labrador yang dipanggil Wigeon.
 


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.