PENYANYI irama dangdut, Amelina menolak dakwaan mengatakan dia mempunyai kekasih muda yang dikenali sebagai Hafiz.

Pun begitu, memetik menerusi portal hiburan berlainan, wanita berusia 43 tahun ini tidak menolak jodoh seandainya ditakdirkan bakal suaminya nanti lebih muda.

“Saya dengan pemuda itu hanya berkawan selepas kenal di satu majlis. Kami berdua mudah serasi, memandangkan saya pun memang peramah. Tapi, tidak lebih daripada kawan biasa.

"Soal jodoh, saya tak memilih dan kalau betul jodoh saya dengan orang lebih muda, saya tak menolak,” katanya.

Meskipun berdepan dengan statusnya kini sebagai ibu tunggal, Amelina tidak berharap bertemu jodoh dalam jangka masa yang cepat.

“Kalau nak cari jodoh yang seusia saya, mana ada lagi lelaki bujang. Yang ada pun, tentunya suami orang. Kalau duda, mestilah mereka nak memperisterikan anak dara dan bukan janda seperti saya.

“Begitu juga dengan orang muda, kena berdepan dengan keluarganya. Andai keluarga setuju dan menerima saya seadanya, okaylah.

“Jika sebaliknya dan menjadi punca mereka keluarga bergaduh, tak mungkinlah saya akan terima,” ujarnya.