PELAKON, Almy Nadia dan dua anak perempuannya, Arianna dan Aurora, disahkan positif Influenza A.

Berita sedih itu dikongsikan oleh selebriti berusia 32 tahun ini di Instagramnya (IG).

"Today bawa la anak2 p hospital.. nak jadikan cerita inilah penyakit saya yang saya hadapi sebelum ni..tapi tak check betul-betul tapi bila anak dah sakit terus bawa p hospital check POSITiVE INFLUENZA A.

"Sedih semua ada.. punya la jaga kesihatan, makan ubat macam-macam nak sihat adlast sakit jugak lepas tu melibatkan anak-anak sakit sebab berjangkit dengan mama dia.. lagi rasa sedih tau," tulisnya.

Malah, isteri kepada aktor Fizz Fairuz ini juga meminta pandangan daripada orang ramai bagaimana untuk mengubati penyakit tersebut.

"Macam mana nak sembuhkan penyakit ni.. sakit dia Tuhan ja tau gigil demam on n off.. ya ALLAH dugaan betul ni.. now mama arianna aurora sakit benda yg sama.. sedih gilaaaaa sakit gilaa..," tulisnya lagi.

Pada masa sama, Almy meminta jasa baik peminat dan pengikutnya di IG agar mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga.

"Inilah keadaan this morning untuk this two little girls kami. Mandi lemon+ makan bubur sikit + makan ubat .. done.. malam tadi tak demam.. tiba2 pagi ni diaorg demam balik..

"Minta doa dari semua agar this two little girls cepat sembuh dr penyakit INFLUENZA A .... sian sangat.. mama dia masih kuat lagi.

"Walaupun badan sakit-sakit. bila demam mama datang pulak, sakit tulang sakit urat semua..mama depa leh rasa apa yg anak dia rasa.. jadi mama kena kuat.. but sian this little girls.. minta doa dr semua ya...," tulisnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASANGAN selebriti Fizz Fairuz dan Almy Nadia selamat menimang cahaya mata kedua mereka semalam.
  • MESKIPUN agak memenatkan, pelakon Almy Nadia mengakui seronok menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Almy atau nama sebenarnya, Almy Nadia Aminuddin Shah menjalankan tugas itu sepenuhnya sejak melahirkan anak pertamanya, Nur Afrina Ariana pada 16 Februari 2015.
  • WANITA mana tidak mahukan bentuk badan yang cantik seperti pernah dimilikinya dahulu. Impian itu juga menjadi matlamat pelakon Almy Nadia yang sebelum ini kelihatan sedikit berisi setelah melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Afrina Arianna, 8 bulan.
  • UMUM mengetahui kontroversi mengenai rumah tangga Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang melibatkan pendatang baru industri seni tempatan iaitu Fara Mendoza.