HASRAT selebriti serba boleh, Nabil Ahmad dan isteri, Zira Ayub untuk menimang cahaya mata ketiga akhirnya termakbul.

Menerui perkongsian di Instagram mereka kira-kira jam 8 malam tadi, Nabil dan Zira berkongsi gambar mereka sekeluarga bersama sekeping gambar imbasan.

Hanya dengan ayat ringkas : "Alhamdulillah dah lekat", posting berkenaan mendapat lebih 60, 000 tanda suka dan hampir 1,000 ucapan tahniah.

Rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti turut mendoakan kesihatan isteri Nabil dan anak yang dikandungkan serta berharap anak yang bakal lahir nanti adalah lelaki.

Pasangan ini berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

Tahniah diucapkan buat Nabil sekeluarga dari kami di Sinar Harian.