SPEKULASI berita bahawa pasangan pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz bertunang akhirnya terjawab.

Pasangan tersebut telah selamat mengikat tali pertunangan di 9Kedondong Ampang Hilir, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Fasha dan Aidil menafikan akan bertunang kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Bagaimanapun, terdapat beberapa 'hint' pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan hari ini apabila mereka dikatakan telah menempah busana pertunangan.

Malah, Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang memuatnaik maklumbalas di laman sosial Instagram Fasha seolah-olah memberi gambar pelakon jelita itu akan melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri kantoikan Fasha Sandha bakal bernikah?]

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aliff-syukri-kantoikan-fasha-sandha-bakal-bernikah-1.893362

Mereka dilihat sering bersama dan memuatnaik gambar masing-masing di Instagram hingga menimbulkan tanda tanya dari peminat.

Fasha Sandha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli (Jejai) dikurniakan dua anak, Putra Rayfal, 5 dan Putri Raysha Jemyma, 3.

Fasha dan Jejai berkahwin berkahwin pada 27 April 2012 namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.