AIRASIA melancarkan moto “AirAsia Loves Asean”, inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, pembangunan tenaga kerja dan ekonomi sempena ulang tahun ke-50 Asean.

Inisiatif itu terdiri daripada program Kerjasama Universiti Asean AirAsia, Hari Keusahawanan Asean, Kem Wartawan Asean dan Program Pertukaran Allstars.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata moto tersebut merupakan antara inisiatif yang digariskan oleh syarikat penerbangan dan promosi destinasi Asean yang berterusan akan dapat membantu merapatkan komuniti dan ekonomi berikutan rantau ini menuju ke arah persefahaman dan integrasi yang lebih baik.

“Kejayaan kami adalah kerana Asean. Sebagai syarikat penerbangan sebenar Asean, kami mahu merapatkan penduduk di rantau ini sejajar dengan tugas luar biasa yang dilaksanakan oleh kumpulan serantau ini sejak lebih 50 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Antara program tersebut, Hari Keusahawanan Asean, akan mengukuhkan komitmen AirAsia kepada usahawan Asean dengan mengadakan forum untuk mempelajari daripada syarikat pemula niaga yang terbaik di rantau ini dan sebagai platform untuk membangunkan dan memasarkan perniagaan mereka.

AirAsia akan turut menganjurkan Kem Wartawan Asean untuk menggalakkan pelaporan yang lebih baik di rantau ini dan membina pemahaman yang lebih baik mengenai jenama rantau Asean, cara pertubuhan itu berfungsi, isu-isu sosial, pembangunan dan integrasi serta pelancongan berasaskan komuniti yang mampan. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya dan AirAsia Berhad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penjenamaan semula Stadium MBPJ.
  • AIRASIA hari ini mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Aireen Omar yang dinaikkan pangkat kepada Timbalan CEO Kumpulan, Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat.
  • AIRASIA dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi tahun kelima berturut-turut pada acara kemuncak World Travel Awards (WTA) 2017 di Phu Quoc, Vietnam pada Ahad.
  • AIRASIA dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi tahun kelima berturut-turut pada acara kemuncak World Travel Awards (WTA) 2017 di Phu Quoc, Vietnam pada Ahad.
  • AIRASIA terus menyambung semula operasi penerbangan terhad untuk masuk dan keluar dari Bali hari ini, berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Denpasar pada Rabu, yang ditutup sebelum ini susulan letusan Gunung Agung.