PEMAIN bola sepak JDT, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak atau lebih dikenali dengan nama Aidil Zafuan telah dikurniakan seorang lagi anak lelaki.

Aidil berkongsi berita gembira tersebut di Instagramnya.

"Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan baby boy pada 20.01.2018 pada pukul 5.45 am.  Hero yang keempat buat saya. Syukur Alhamdulillah," tulisnya.

Aidil turut mengucapkan terima kasih buat yang mendoakan isterinya.

Aidil berkahwin dengan Zarema Zainal pada tahun 2014. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Zeeyad.

Sebelum itu, Aidil pernah berkahwin dengan pelakon Rita Rudaini pada tahun 2008 di Songkhla Thailand namun berpisah pada tahun 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Airit Rayyan Rizqin dan  Airit Qaqa Arjuna yang kini di bawah jagaan Rita.