PENYANYI Adira Suhaimi selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Sg Buloh pada 10.21 pagi tadi.

Bayi comel dengan berat 3.8kg ini dilahirkan menerusi kaedah pembedahan seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.

Berita gembira tersebut dikongsi Adira meneruis laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto tentang kelahiran tersebut.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada para peminat dan pengikutnya di laman Instagram menerusi pelbagai ucapan tahniah dan doa buat Adira dan anak.

Adira, 27, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red di Songkhla, Thailand pada November 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan, 1, yang diberi nama Anggerik.