KUMPULAN Elite akur apabila diumumkan tersingkir pada Konsert Gegar Vaganza minggu ketiga, Sabtu lalu. Biarpun menjadi peserta yang kedua tersingkir, Elite tetap berpuas hati kerana dapat mengubat rindu para peminat mereka yang mahu melihat mereka kembali beraksi di pentas.

Bagaimanapun di sebalik itu ada juga segelintir netizen yang kurang senang dan cuba memperkecilkan mereka dengan mengeluarkan kenyataan yang telah menarik perhatian salah seorang anggota Elite, Azza.

Kesal dengan kenyataan itu, Azza telah berkongsi komen yang telah ditulis oleh individu terbabit di laman Instagram miliknya.

“Dah layak tersingkir tu, tersingkir je laa. Terima je laa. Hak alahh nak merayu hegeh-hegeh pulak nak serap balik. Kesiannya, tak layak pun kena serap balik…sorry to say,” tulis individu terbabit.

Menurut Azza, dia menerima kata-kata tersebut dengan positif dan beranggapan individu terbabit mungkin tidak mengenali siapa Elite sebelum ini.

“Haaa tepokkkkk. Kelakar pun ada. Tapi itulah saya mampu ucap alhamdulillah seronok tau. Banyak pahala kami dapat. Maklum sajalah sebagai manusia kita banyakkan bersabar. Besar ganjaran bagi hambanya yang sabar.

“Adalah kebaikan yang kami buat ALLAH bagi pahala percuma ni. Masya-ALLAH. TabarakALLAH

#hasbunallahwanikmalwakil #lahawlawalaquwwataillabillah. Semoga Allah melahirkan rasa kasih sesama hamba.

 

“Tidak mengapa, adik ini mungkin tidak mengenali siapa kami. Semoga ALLAH memberi rasa sayang terhadap sesama hambanya,” luah Azza pada kapsyen.