DATUK kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed meninggal dunia pada lewat malam Selasa.

Neelofa menerusi akaun Instagramnya turut berkongsi luahan dan kenangan dengan insan disayangi yang dipanggil Abah.

"Abah, awak tinggalkan kami, hati saya hancur dan separuh dari saya pergi bersama awak. Awak mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan, kasih sayang, kebaikan, keluarga dan segalanya.

"Awak adalah individu yanh sentiasa mahu saya jumpa setiap kali saya pulang ke Kelantan dan kini awak tiada lagi.

"Saya rindu segalanya tentang kamu, saya sudah pun merindui kamu sekarang. Banyak yang ingin saya tulis apabila bercakap tentang kamu, tapi saya rasa dah beritahu kamu apabila berada bersamamu, saya harap kamu mendengar.

"Sekarang berehatlah. Semoga ALLAH tempatkanmu ditempat tertinggi di Jannah, terima segala kebaikanmu dan permudahkan segalanya. Saya saya kamu, Abah," tulisnya.

Perkongsian Neelofa itu mengundang simpati rakan seindustri dan peminat, yang turut menyampaikan ucapan takziah.

Dalam pada itu, Neelofa dan keluarganya turut mengajak orang ramai menyertai solat jenazah yang akan diadakan di Masjid Besar Pasir Mas, selepas Zohor nanti.

"Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa yang dipanjatkan kepada arwah datuk saya

"Saya dan keluarga berbesar hati menjemput muslimin dan muslimat bersama-sama solat jenazah untuk datuk saya, Haji Noor Mohamed di Masjid Besar Pasir Mas selepas Zohor dan jenazah datuk saya akan di kebumikan di tanah perkuburan Lemal, " ujarnya.