DHAKA – BANGLADESH. Sekurang-kurangnya lapan mayat Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di Rakhine ditemui di Teluk Bengal dekat sempadan tenggara Bangladesh dengan Myanmar pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai Balai Polis Teknaf Md Abdul Majid memberitahu Xinhua, mayat berkenaan dijumpai terapung di Teluk Bengal dekat Pulau Shah Porir di daerah Teknaf.

"Lapan mayat itu ditemukan pagi ini," katanya.

Namun maklumat mengenai berapa jumlah bot yang terbalik dan bila kejadian berlaku tidak dapat dinyatakan. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DHAKA - BANGLADESH. Kerajaan Bangladesh menegaskan krisis kemanusiaan Rohingya hari ini bukan lagi masalah dalaman Myanmar sebaliknya bencana serantau.
  • DHAKA - Angka kematian nahas bot karam membawa pelarian Rohingya di sebatang sungai yang memisahkan sempadan negara itu dengan Bangladesh meningkat kepada 26 orang pada Selasa, selepas 12 mayat lagi ditemui, lapor agensi berita China Xinhua.
  • DHAKA - BANGLADESH. Kerajaan Bangladesh merancang memperluaskan kem pelarian mega di daerah selatan untuk menempatkan hampir 900,000 pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara itu.
  • DHAKA - BANGLADESH . Hak ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman tentera Myanmar menjadi tanda tanya selepas seorang menteri Bangladesh berkata mereka tidak akan diberi status pelarian rasmi.
  • DHAKA - BANGLADESH. Bangladesh mahu tingkatkan tekanan ke atas Myanmar untuk mengambil semula 700,000 pelarian Rohingya yang berlindung di negara itu sejak lebih sedekad lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.