• Astro siar Kilauan Emas Musim 3 secara langsung Sepuluh peserta yang bakal memulakan aksi pertama mereka di pentas Kilauan Emas.
1 /

KONSERT Kilauan Emas Musim Ketiga yang berlangsung malam tadi di Auditorium MBSA Shah Alam menyaksikan 10 peserta terselamat ekoran tiada proses penyingkiran dilakukan.

Namun begitu, Seri, Rina dan Edy berada dalam keadaan 'bahaya' apabila nama mereka tersenarai mendapat markah terendah.

Markah diperoleh menerusi 70 peratus juri profesional dan 30 peratus daripada undian SMS.

Sebagai persembahan penutup, kesemua peserta menyampaikan lagu-lagu medley yang pernah dipopularkan suatu ketika dahulu seperti Dari Kerana Mata, Kenangan Mengusik Jiwa, Gelisah, Pilihlah Aku, Mulanya Di Sini, Ke Pintu Kasihmu dan Warisan.

Apa yang menarik, kesemua peserta menampilkan persembahan yang mantap dan hebat seperti penyanyi profesional ketika menyampaikan lagu masing-masing.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris, konsert yang julung kali diadakan secara langsung itu berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, konsert pertama berlangsung dengan baik sekali. Semua peserta memberikan persembahan yg terbaik serta mendapat maklum balas yang positif daripada penonton yang hadir.

"Pujian perlu diberikan kepada guru-guru vokal yang 'menyediakan' peserta untuk konsert pertama ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai tiada penyingkiran dilakukan pada konsert pertama ini, beliau akui pihaknya mahu memberi peluang kepada peserta.

"Tiada penyingkiran di konsert pertama kerana kami ingin memberi peluang bagi perserta untuk lebih bersedia kerana kebanyakkan peserta tidak pernah berada di pentas pertandingan seperti ini," katanya.

Sepuluh peserta, Rina, Edy, Din, Ros, Silah Seri, Idris, Alina, Mior dan Malia bakal meneruskan saingan pada konsert kedua, Rabu depan.