UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) menerusi anak syarikatnya, Sunrise Alliance Sdn Bhd (SASB) menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan Kemaris Residences Sdn Bhd

 (KRSB) bagi mengambil alih tanah seluas 19.24 ekar bernilai RM109.50 juta di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.

Tanah itu akan dibangunkan dengan 924 unit kediaman yang disasarkan kepada pembeli pertengahan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM700 juta.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, projek itu akan membantu mengukuhkan kedudukan UEM Sunrise's di dalam pasaran wilayah tengah.

"Kami gembira dengan peluang untuk memiliki tanah ini dalam keadaan kejiranan yang matang dan mapan adalah terhad.

"Kami percaya tanah ini membentangkan satu peluang untuk UEM Sunrise mewujudkan pembangunan kepada pembeli kelas pertengahan dalam pasaran," katanya.

Menurutnya, dengan pengalaman membangunkan pembangunan bangunan tinggi di Bukit Kiara, pihaknya mempunyai tenaga pakar dalam bidang itu akan melonjakkan pasaran di projek Equine.