UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) melengkapkan Puteri Harbour dengan kemudahan digital yang akan menjadi salah satu perkembangan pemangkin di Iskandar Puteri, Johor sebagai pembangunan bandar digital dan pintar.

Pembangunan itu dibangunkan melalui Inneonusa Sdn Bhd (Inneonusa) bersama tiga syarikat melibatkan, Telekom Malaysia Berhad (TM), UEM Sunrise dan Iskandar Investment Berhad (IIB). Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, projek digital Puteri Harbour membuka jalan ke arah merealisasikan visi pintar yang menyambungkan Iskandar Puteri.

“Ia sebahagian Pelan Induk Sambungan Iskandar Puteri Pintar bertujuan membangunkan Iskandar Puteri menjadi satu komuniti pintar dunia dan mewujudkan pengalaman yang lancar untuk pihak berkepentingan dengan kemudahan pintar," katanya.

Di bawah rangka kerja perkhidmatan digital ini, Puteri Harbour fokus wujudkan kehidupan tepi pantai ideal, kehidupan bandar pintar dan pengalaman digital tanpa batas Puteri Harbour.

Pembangunan Digital Puteri Harbour menggunakan Internet of Things (IOT) milik Inneonusa.

Platform Pusat Operasi dan Integrasi (IOC) di Iskandar Puteri, yang mana akan menguruskan operasi pelbagai perkhidmatan pintar seperti keselamatan, mobiliti pintar, perkhidmatan di seluruh bandar, pengurusan tenaga dan kemudahan, papan tanda digital serta aplikasi warganegara.

IOC membolehkan pengoptimuman operasi bandar menjadikannya tempat yang lebih baik untuk hidup dan bekerja.