PROPERTYGURU telah melancarkan peraduan “My Dream Home” yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 sebagai misi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah kediaman mereka sendiri.

Pengurus Negara bagi PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, RM50,000 boleh membantu pembeli dalam mencapai matlamat memiliki rumah kediaman mereka, terutamanya untuk membuat bayaran pendahuluan, yuran guaman dan kos berpindah.

Menurutnya, peraduan “My Dream Home” PropertyGuru bertujuan untuk memberikan peluang yang unik kepada pembeli yang layak untuk memiliki tempat kediaman sendiri

"Banyak rumah kediaman di Malaysia dianggap sebagai bukan mampu milik dan harganya berada di lingkungan 5.5 kali pendapatan," katanya.

Untuk maklumat penyertaan, Layari laman web PropertyGuru.