BERADA di dalam sebuah resort bercirikan kekampungan, dikelilingi pelbagai pokok buah-buahan, ditemani irama alam semulajadi yang diheningkan suara cengkerik saling bertingkah dengan kicauan burung adalah saat kerehatan paling ideal untuk cas semula kesegaran tubuh sekali gus menenangkan minda setelah seharian penat bekerja.

Tetapi, saat-saat sebegini kebiasaannya hanya dapat dinikmati ketika percutian, ia bukan boleh dinikmati setiap hari. Biarpun, sejujurnya setiap orang jika boleh nak pergi bercuti hari-hari!

Memahami kehendak inilah, Designabina Sdn Bhd cetus idea membangunkan perumahan yang menawarkan suasana alam mendamaikan menerusi projek Vila Butik Selesari (Selesari) yang membawakan konsep ketenangan dan keindahan alam semula jadi.

Dengan barisan rekaan yang dinamai sebagai Cempaka Sari, Kenanga, Kemboja, Melati, Uda, Dara dan Kasih jelas menggambarkannya sebagai sebuah perumahan ala kampung tradisional Melayu yang sungguh mendamaikan.  

Berbaki 8 unit daripada 21 unit

Pengerusi Eksekutif Designabina, Ar. Shamsuddin Muhammad berkata, perkataan Selesari diilhamkan dari kosa kata 'selesa' dan 'sari' yang merupakan konsep pembangunan perumahan vila eksklusif mewah di atas tanah pegangan kekal rizab Melayu di mukim Kuang, Sungai Buloh.

"Projek ini dikelilingi kejiranan termasuk pelbagai projek perumahan berkualiti dan komersial seperti Bukit Rahman Putra, Valencia, Sierramas dan Kota Damansara.

"Selesari dibangunkan di dalam kebun durian, rambutan dan manggis seluas 1.6 hektar. Ia sebuah perumahan berpagar dan berkawal di dalam kawasan kehijauan alam semulajadi sekali gus menjadikannya sebuah projek perumahan unik di Lembah Klang.

"Pokok-pokok buah-buahan ini kami kekalkan. Malah, kami sedang giat menambah beberapa lagi pokok buah dan herba lain antaranya jering, petai, rambai dan pulasan.

"Hasil daripada pokok-pokok ini kelak bebas dinikmati oleh keseluruhan residen Selesari. Konsep inilah yang ingin dibawakan iaitu suasana kejiranan kampung tradisional kontemporari Melayu. Saling mesra dan mengenali jiran tetangga. Apabila tiba musim buah, semua jiran boleh berkumpul menikmati hasilnya," katanya sambil memberitahu Vila Butik Selesari mempunyai 21 unit yang mana kini hanya berbaki lapan unit dan setiap lot telah memiliki status pegangan sendirian.

Tempah dulu, bina kemudian

Shamsuddin berkata, Selesari menawarkan beberapa reka bentuk vila berlainan saiz bersama pilihan untuk pengubahsuaian sebelum ia dibina sekali gus merupakan kelainan dari apa yang ditawarkan pemaju lain di negara ini.

"Berkonsepkan komuniti kampung kontemporari, Selesari menawarkan 10 rekaan berlainan saiz bersama pilihan pengubahsuaian. Pembeli boleh pilih rekaan diminati berserta ubah suai dimahukan. Selepas itu barulah kami bina. Konsep ini amat unik dan berbeza dengan pemaju lain di mana mereka bina dulu rumah dan pembeli ubah suai kemudian.

"Konsep ini adalah konsep butik yang mana pembeli tempah dulu, kami bina kemudian," katanya sambil memberitahu, kerja pengubahsuaian adalah percuma.

Jelasnya, reka bentuk standard vila ditawarkan dengan empat bilik tidur lengkap bersama bilik air dan bilik tidur utama terdapat di tingkat pertama dan tingkat kedua yang dilengkapi walk in wardrobe, tab mandi serta laman mini. Selain empat bilik tidur, terdapat sebuah lagi bilik  utiliti di dalam setiap unit vila.

"Selesari turut menyediakan sistem keselamatan tiga lapisan unik merangkumi pagar keselamatan perimeter, pengawal keselamatan 24 jam serta sistem CCTV bagi setiap vila," katanya ketika ditemui di unit contoh Vila Butik Selesari baru-baru ini.

Harga separuh lebih murah

Harga setiap vila separuh lebih murah daripada pembangunan perumahan berdekatan dengan kualiti yang sama, kata Shamsuddin yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun sebagai perunding arkitek..

Jelasnya, harga jualan vila di Selesari hanya RM400 kaki persegi berbanding harga pasaran yang mana rata-rata menawarkan RM800 kaki persegi.

"Harga vila Selesari bermula RM600,000 sehingga RM2.8 juta dengan saiz lot tanah bermula 5,000 sehingga 8,000 kaki persegi sementara saiz vila pula bermula 1,200 sehingga 5,800 kaki persegi.

"Harga ditawarkan Selesari separuh lebih murah berbanding harga pasaran hartanah pembangunan pada kualiti yang sama yang mana ia dijual sekitar bermula RM1.2 juta sehingga RM6 juta," katanya.

Shamsuddin berkata, setiap vila mempunyai rekaan unik tersendiri.

"Kami mahu penghuni di setiap vila berasa tenang dan damai dengan suasana kampung tradisional Melayu seolah-olah mereka berada di resort. Lebih dari itu, kami mahu setiap pembeli berasa rindu nak balik rumah. Bila seharian penat bekerja, sebaik pulang ke vila, mereka tenang dan nikmati kerehatan maksimum dalam suasana damai alam semulajadi umpama sedang dalam percutian. Mendiami Vila Butik Selesari, hari-hari boleh nikmati mood percutian," katanya sambil memberitahu, maklumat lanjut boleh hubungi 019-2115224.