Mudah.my Sdn Bhd, platform pemasaran dalam talian terbesar di Malaysia tekad menjadi peneraju portal hartanah di Malaysia menerusi penggunaan Big Data untuk menyenangkan rakyat Malaysia dalam memenuhi semua keperluan hartanah mereka dengan Mudah.my!.

Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my Sdn Bhd, Gaurav Bhasin berkata, Mudah Property membantu pengguna untuk menyelidik, mencari mahupun menjual rumah mereka dengan cara mempamerkan beribu-ribu senarai hartanah terkini berserta harga pasaran semasa di seluruh negara.

Menurutnya, Mudah Property mempunyai lebih 290,000 senarai hartanah untuk dijual atau disewa menjadikannya lebih mudah untuk rakyat Malaysia mencari rumah impian mereka.

“Ini membolehkan rakyat Malaysia melayari senarai lengkap hartanah yang relevan dan terkini di pasaran,” katanya yang turut mengadakan kolaborasi bersama penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat.