RAMAI orang yang belajar sains kenal akan Sir Isaac Newton. Beliau mengasaskan teori Newton yang terkenal itu.

Pada awal kurun ke-18, tatkala England adalah kuasa besar dunia, syarikat South Sea telah diberi monopoli perdagangan di Laut Selatan.

Sebagai tukaran, syarikat tersebut kena bantu Kerajaan England bayar hutang perang yang tertunggak.

Idea monopoli itu menarik perhatian pelabur. Ia meledak cepat dan melambung tinggi dalam tempoh enam bulan berikutnya. Newton telah melabur awal dan mendapat pulangan dua kali ganda.

Selaku saintis, beliau buat hitung bilang dan mula keluar dari pelaburan itu dengan keuntungan memadai. Saham syarikat South Sea terus meningkat berganda-ganda.

Kawan-kawan Sir Isaac Newton melompat kegirangan dan menjadi kaya dengan cepat. Berfikir untuk ikut serta semula, Newton melabur balik. Kali ini dengan harga yang menggapai bintang.

Tinggi dan dengan jangkaan syarikat itu akan terus meroket tanpa ada kebimbangan ia jatuh.

Fakta nyata, Newton kemudiannya rugi besar dan beliau dilaporkan berkata, “I can calculate the movement of stars, but not the madness of men”. Buat keputusan berdasarkan keadaan emosi, intuisi dan perasaan ikutan kawan dan trend akan dedahkan kita pada cognitive bias. Dalam kes Sir Isaac Newton, ia adalah emotional decision - keputusan ikut emosi bimbang takut terlepas ikut serta saat kawan-kawan sedang 'melompat cepat kaya'.

Hakikatnya ada kaedah untuk buat keputusan yang lebih berkualiti lagi. Dalam era sekarang, ia dipanggil Analytical Cycle.

Upaya untuk transformasi data kepada insights tentang motivasi pengguna dan pelanggan serta upaya untuk ubah wawasan itu jadi strategi. Inilah yang dipanggil Monetization Strategies – upaya mengubah lautan data kepada keputusan yang berkualiti dan mampu menghasilkan revenue. Begitu pun, ia tidak semudah yang disangka.

Banyak cabaran belantara perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum menara jaya dapat didirikan.

Cabaran pertama adalah bagaimana mahu menapis kebanjiran maklumat. Bermula dari analisis hingga dapat membina analytical solution.

Masa kini, kita sedang berada dalam ledakan maklumat yang datang bagaikan taufan bergelombang. Deras dan kencang.

David Russell Schilling dalam artikelnya Knowledge Doubling Every 12 Months, Soon to Be Every 12 Hours menyebut jelas, dalam era Newton, pengetahuan berganda pada tiap abad. Selepas Perang Dunia ke-2, pengetahuan berganda setiap 25 tahun.

Hari ini pengetahuan berganda setiap 13 bulan. IBM meramalkan dengan adanya Internet of Things ini pengetahuan berganda setiap 12 jam.

Thomas H Daveport, dalam artikel di Harvard Business Review pada April, 2013 dengan tajuk How P&G Present Data to Decision Makers menyebut analytics of things – kaedah untuk menampi dan menapis informasi yang banyak tidak bertepi kepada actionable insights yang dapat menghasilkan perolehan yang kita impikan. Insya-ALLAH.

Menjelang 2020, ada 25 bilion benda yang saling berhubung. Pada tahap ini, sekali lagi manusia perlu berpaling pada kebijaksanaan bekalan akal kurniaan Tuhan.

Ia dipanggil collective wisdom (best practices). Kemudian gabungkan pula diagnostic tools. Apa yang dipanggil fact based decisions process powered by analytics. U

sah mudah terperangkap dengan jumlah data. Banyak itu baik, sedikit juga berguna apabila ada upaya untuk codify serta menapis menyisih informasi menjadi maklumat berguna bagi wawasan tindak segera untuk dapat keputusan.

Perusahaan besar dan kecil masa kini berdepan dengan cabaran yang bukan kepalang tanggung. Mereka hilang punca akibat tiada kaedah bersepadu.

Juga tiada alatan, teknik dan sumber daya untuk maju ke depan. Lebih parah, apabila para eksekutif perusahaan hilang upaya dan kuasa untuk buat keputusan.

Boleh buat keputusan (decisions) adalah jantung hati kepada bisnes dan ia jadi alatan paling berkuasa untuk berikan impak bererti kepada kejayaan organisasi.

Dalam dunia masa kini, usah mudah terlepas pandang dengan hanyut berterusan dalam mantera “data, data, data” semata mata. Ia lebih dari itu. Ia tentang upaya untuk hubungkan titik-titik (connect the dots) serta boleh keluarkan nilai dari informasi yang sedia tersaji. Dua kemahiran konseptual ini sangat berguna pada eksekutif kanan perusahaan dalam mendepani dunia berteknologi kini.

Kemudian apa lagi? Upaya berikutnya adalah merapatkan gap- jurang yang terbentang, boleh mendefinisikan antara informasi berkenaan dan berkaitan serta bagaimana mahu monetizekan.

Dalam usaha membantu perusahaan besar di Indonesia, kami di Paul Penders International bahagikan kepada lima fasa. Pertama, ia bermula dengan discovery - penemuan. Tentukan tujuan dan buat hipotesis.

Buat siri pertemuan serta kajian dan dapatan. Fasa kedua, adalah analisa keputusan. Ia bermula dengan ambil maklum, buat diagnosis, jelas akan ukuran kemudian buat gerak tindak lanjut.

Fasa ketiga adalah agile analytics – analitis dengan tangkas. Ini perlukan keupayaan buat keputusan, Fahami teori dan realiti. Perceptual dan conceptual intelligence. Lantas untuk lepas landas dan terbang tinggi, mula buat pembangunan data.

Pemboleh daya adalah fasa keempat. Fahami sains data. Tahu analitik terpimpin. Kemudian sentiasa uji cuba dan guna pakai. Apabila telah selesai fasa keempat masuklah fasa kelima dengan bergaya.

Di Indonesia, kami panggil “Strategi Buat Uang”. Ia bermula dengan tuas-tuil bisnes (leverage), analisa keputusan, kompetitif dan tahu maklumat pasaran serta sentiasa ada prinsip terpimpin.

Kesemua ini terkandung dalam Decision Archtecture Methodology- satu kemahiran penting dunia masa kini dalam membangunkan perusahaan. Belajar untuk faham akan terma dan konsep ini mulai sekarang kerana inilah pangkal kepada strategi masa depan.

* Datuk Roslan Ab Hamid ialah Presiden dan Ketua Strategi Paul Penders International Sdn Bhd. Beliau banyak menghabiskan masa membangunkan perusahaan di Indonesia. Beliau boleh dihubungi di FB : Roslan Ab Hamid