SETIAP usaha dalam melaksanakan kerja yang mendatangkan manfaat kepada umum pasti mahukan ia diiktiraf.

Begitu juga usaha dilaksanakan Setiap usaha dalam melaksanakan kerja yang mendatangkan manfaat kepada umum pasti mahukan ia diiktiraf.

Begitu juga usaha dilaksanakan dalam kalangan pemaju hartanah dan pembinaan.

Tidak hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, syarikat-syarikat pemaju juga sentiasa komited memberikan penawaran terbaik menerusi produk pembinaan berkualiti pada harga setanding.

Menyedari hakikat ini, portal hartanah utama negara, PropertyGuru sentiasa ‘hadir’ sebagai badan bertanggungjawab memberi galakan kepada para penggiat industri ini agar terus maju berkembang seterusnya menyumbang kepada kemapanan ekonomi negara.

Justeru, penganjuran Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia (Malaysia) adalah salah satu usaha berterusan PropertyGuru dan sebahagian objektifnya membantu menaikkan reputasi pemaju.

KUMPULAN LBS RANGKUL KEJAYAAN

Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia (Malaysia) pada kali ini menyaksikan kemenangan syarikat-syarikat pemaju dan projek pembangunan terbaik dalam kalangan terbaik mengikut kategori dipertandingkan.

Anugerah ini telah mengumpulkan pemaju-pemaju dalam negara bagi meraikan pencapaian masing-masing atas kejayaan diraih setelah berjaya melepasi cabaran dalam industri ini sejak beberapa tahun lalu.

Seperti tahun sebelumnya, PropertyGuru bertindak mempamerkan pencapaian dan inovasi para pemaju juga entiti swasta atau awam dalam menyumbang kepada persekitaran yang dibina.

Selain itu, PropertyGuru turut menjadi pelapor kepada penduduk dan pelabur di negara-negara Asia mengenai pilihan hartanah  berkualiti di dalam negara.

Maka untuk tahun ini, LBS Bina Group Bhd (LBS) berjaya meraih kegemilangan apabila merangkul anugerah utama sebagai Pemaju Terbaik 2018 yang disaksikan hampir 370 tetamu.  

NILAI TAMBAH KEPADA PEMAJU

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, pengiktirafan sebegini mengesahkan lagi strategi dan hala tuju penggiat industri sebagai warga korporat yang bertanggungjawab serta pemaju perbandaran.

“Sememangnya menerusi pengiktirafan dan penganugerahan yang diberi ini dapat memberi nilai tambah sekali gus menaikkan reputasi syarikat dalam sektor hartanah.

“Justeru Kumpulan LBS akan terus beri komitmen dan komited menyediakan hartanah terbaik mengikut kepada kesesuaian pasaran,” katanya.

Tidak setakat pengiktirafan tersebut, LBS turut memenangi anugerah bagi kategori lain iaitu Pembangunan Perbandaran, Bertanah (Lembah Klang), Pembangunan Pasaran Massa (Kondominium), Pengiktirafan Khas Tanggungjawab Sosial Korporat dan Pengiktirafan Khas Pembangunan Lestari.

“Walaupun dalam persekitaran pasaran yang mencabar pada tahun lalu, syarikat berjaya mencatat pencapaian jualan tertinggi sejak penubuhannya 25 tahun lalu dengan menyediakan lebih 30,000 kediaman untuk rakyat Malaysia,” kata Hock San.

Dalam penganugerahan tersebut, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berjaya

meraih kecemerlangan menerusi kategori Peribadi Harta Tanah.

PENGHARGAAN INDUSTRI PALING BERWIBAWA

Menurut Pengurus PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, penganjuran Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia (Malaysia) adalah kali kelima, ia dilaksanakan bagi bantu menaikkan reputasi pemaju-pemaju dalam negara.

Katanya, anugerah ini disokong oleh penaja platinum Kohler, di mana merupakan sebahagian daripada program yang bermula di Thailand pada tahun 2005.

“Dengan sistem anugerah dijalankan secara profesional dan diselia oleh BDO, pengauditan dan perakaunan kelima terbesar di dunia firma anugerah ini adalah penghargaan industri utama dan paling berwibawa di Malaysia," katanya.

Tambahnya, sememangnya platform disediakan pihaknya menerusi penganjuran anugerah ini adalah usaha menaikkan kredibiliti sesebuah pemaju.

“Pengiktirafan yang diberi menerusi penganugerahan ini boleh memberi nilai tambah kepada pemaju.

“Justeru, kami percaya dengan pengiktirafan seperti ini, sesebuah pemaju akan terus komited menghasilkan bangunan yang baik, reka bentuk

hartanah tempatan menarik, pembinaan berkualiti dan sebagainya demi pelanggan,” katanya.

PENILAIAN MELALUI PROSES SARINGAN KETAT

Bercakap mengenai pemilihan pemenang, Sheldon memberitahu, para pemenang dipilih atas kecemerlangan prestasi dan visi syarikat dalam aspek pembangunan mapan.

“Selain itu, komitmen berterusan dalam menghasilkan projek-projek pembangunan berkualiti tinggi,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 22 kategori dipertandingkan dengan penyertaan daripada pemaju dan pembina di Kuala Lumpur,

Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Iskandar Malaysia telah diterima.

“Semua penganugerahan, kecuali satu, telah dipilih oleh panel penghakiman bebas diketuai Pengarah Eksekutif Jones Lang Wootton, Prem Kumar.

“Proses penilaian telah disaring dan disenarai pendek. Daripada senarai tersebut, sebanyak 19 penyertaan syarikat telah berjaya. Dalam pada itu, kami juga menyerahkan penganugerahan khas kepada tiga syarikat,” katanya.

Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia 2018 (Malaysia) telah disokong penaja platinum Kohler, rakan portal rasmi PropertyGuru.com.my; tapak hartanah utama Malaysia; rakan media Prestige Malaysia; Top10 Malaysia, dan Laporan Hartanah PropertyGuru; Persatuan sokongan RICS (Institusi Diraja Juruukur Berkanun); pembekal rasmi CornerStone; dan penyelia rasmi BDO Malaysia.

MANFAAT KEPADA PEMAJU

Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia adalah sistem yang dijalankan secara profesional, diselia oleh firma pengauditan dan akauntan kelima terbesar di dunia, BDO.

Sheldon berkata, ia bertujuan meningkatkan taraf serantau dengan menggalakkan persaingan sihat bagi mendorong pemaju di rantau ini mencapai

had mereka.

“Kriteria dan keperluan anugerah ditaksir terhadap pesaing terbaik di dunia, memastikan piawaian yang tinggi dikekalkan.

“Bagi para pemaju, pengiktirafan oleh badan berwibawa akan memberikan suatu paparan jenama di mata pengguna.

“Menerima pengiktirafan oleh badan profesional, menambahkan lagi rekod prestasi mereka dan memberi jaminan kepada pengguna untuk meletakkan keyakinan sebagai pemaju pilihan.

“Ini menyediakan titik rujukan bagi pengguna untuk menanda aras pilihan mereka,” katanya.

Selain manfaat kepada pemasaran, Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia ini juga menggalakkan persaingan sihat dalam industri hartanah tempatan.

“Ini memastikan pemaju sentiasa bersedia meningkatkan produk dan perkhidmatan agar menjadi yang unggul dalam kalangan landskap tempatan, serantau bahkan antarabangsa.

Mempunyai ketelusan dalam industri ini, membolehkan perbandingan dan penanda aras kepada pemangkin memajukan industri di negara maju,” katanya sambil memberitahu bagi industri hartanah, kewujudan platform seperti Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia menunjukkan ketelusan dalam penanda aras industri seterusnya menggalakkan pemaju tempatan meneruskan usaha menjadi setara standard antarabangsa.

PERANGSANG UNTUK TAMBAH NILAI PERKHIDMATAN

Menerusi Anugerah Hartanah Asia PropertyGuru Asia, PropertyGuru komited memotivasikan dan memberi inspirasi kepada satu sama lain dalam kalangan penggiat industri.

“Aspek ini memperbaiki diri, menyediakan perkhidmatan lebih baik atau menawarkan produk berkualiti kepada pengguna seterusnya meningkatkan

taraf tempatan serta rantau ini.

“Anugerah ini dinilai dengan ketat oleh panel penghakiman bebas terdiri daripada pakar-pakar dalam sektor hartanah, reka bentuk, perundingan dan sektor berkaitan.

“Ini bermakna, setiap pemaju yang menyertai akan menjalani analisa holistik terhadap perniagaan mereka. Menerusi pengalaman, kami melihat pemaju tempatan, besar atau kecil telah bekerja keras untuk maju dan memenuhi keperluan anugerah.

“Kita dapat melihat contoh yang ditetapkan oleh LBS Bina Group Berhad yang memenangi dua anugerah pada tahun lalu, tahun ini mereka telah mencapai enam anugerah yang mengagumkan, serta menerima gelaran Pemaju Terbaik pertama. Hal ini pasti akan mendorong inspirasi dalam kalangan pemaju lain,” katanya.

Jelasnya, apabila piawaian dalam kalangan pemaju ditingkatkan, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan ramai pengguna Malaysia apabila membuat keputusan hartanah.

“Tahap kepercayaan pengguna akan meningkat apabila pemaju meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan mereka,” katanya.

OPTIMIS INDUSTRI BERKEMBANG SETARA PIAWAIAN ANTARABANGSA

PropertyGuru bercita-cita melihat industri tempatan berkembang setara piawaian antarabangsa.

“PropertyGuru adalah platform menjalankan data. Misi kami adalah memberdayakan masyarakat pengguna untuk buat keputusan dengan lebih yakin.

“Dengan maklumat tersedia hari ini, kami harap membolehkan pemaju menawarkan produk lebih sesuai dengan minat dan keperluan pencari harta seterusnya membangunkan produk memenuhi tujuan dan sampai kepada pengguna di lokasi yang betul.

“Justeru, PropertyGuru bermatlamat memberikan kandungan yang relevan dan berwawasan,” katanya.

“Kami yakin dapat memberikan perjalanan hartanah bermanfaat kepada semua pengguna kami,” katanya.