Bagi mempamerkan hasil kerja dan kreativiti murid, Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana menganjurkan K- Karnival Seni Budaya dan Pameran Seni Visual.

Ketua Panitia Seni, Rasidah Punawan berkata, karnival itu dipenuhi pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan angklung berkumpulan dan solo, pertandingan kompang berkumpulan serta persembahan kesenian.    

“Kami menggunakan karya yang dihasilkan murid tahun satu hingga enam yang sangat kreatif untuk menjayakan persembahan kesenian.

Murid tahun satu bangga dapat membuat persembahan kesenian sempena K- Karnival Seni Budaya dan Pameran Seni Visual.

“Melalui cara ini, murid akan berasa bangga kerana hasil seni mereka dipamerkan untuk tatapan warga sekolah,” katanya.

Menurutnya, murid turut mendapat ilmu berkaitan bidang yang terlibat dalam Pendidikan Seni secara lebih dekat.

Lebih menarik, kata Rasidah, murid tahun satu akan lebih semangat dan berkeyakinan untuk mengembangkan bakat dalam persembahan kesenian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :