Jelas terpampang kegembiraan pada wajah sesiapa saja bila mendapat tawaran memasuki sekolah berasrama penuh.

Ketika itu, segala kelengkapan dan persediaan untuk ke asrama pastinya serba baru.

Namun tidak bagi Ijat. Dia yang mendapat tawaran ke SBP hanya mampu terdiam bila mendapat khabar gembira itu.

Ijat teringin untuk ke sana..namun keadaan keluarganya seakan tidak membenarkan Ijat ke sekolah itu.

Tapi akhirnya, Ijat bakal menjadi doktor. Apa sebenarnya yang berlaku..Ikuti luahan kakak Ijat sepertimana yang dikongsi melalui blog Kisah Rakyat.

***

Seorang kakak telah membuat satu luahan hatinya di laman IIUM Confession tentang kisah adiknya. Luahan ini boleh dikatakan antara kisah terbaik pernah disiarkan. Kisah ini menyebabkan ramai pembaca mengalirkan air mata.

Jom baca kisahnya ini:

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ini, tak ada apa-apa pon. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah. Aku pon ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah, tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah.

Aku ada 7 adik beradik. Aku yang kedua (Kak Ngah). Atas aku Abang long, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abang long tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena demam panas ketika umur 7 tahun.

Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat.

Dalam banyak-banyak adik beradik, aku paling rapat dengan Ijat. Beza umur aku dengan Ijat dua tahun je. Jadinya, selain abang long, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik-kecik. Adik-adik yang lain jauh sikit jarak umur dengan kami.

Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesusah mana sekadar cukup-cukup sahaja.

Yelah, ayah aku sorang je yang bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dengan anak yang masih kecik-kecik, perit jugak lah ayah aku mengerah keringat beliau yang bekerja sebagai pembuat batu nisan. Haaa, scary tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu nisan beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada.

Tapi tulah, kalau aku fikir-fikir balik, berdosa tak agak-agaknya aku doakan ramai orang meninggal setiap hari, dengan harapan nanti banyak tempahan batu nisan ayah aku.

Tapi seriously, aku selalu doa macam tu waktu kecik-kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap-sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku takut nanti orang marah pastu cakap aku jahat pulak. Hahaha

Back to the story, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah bla bla bla.

Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba-tiba kena mild stroke. Hampir separuh badan ayah lemah especially tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba-tiba.

Dengan keadaan ayah yang perlukan rawatan yang agak mahal, duit saving ayah yang ayah kumpul untuk anak-anak terpaksa kami gunakan. Dengan ubat-ubatannya, hantar fisioterapi, hantar berurut secara tradisional lagi.

Makin lama, duit ayah makin surut, makin susah dan mencabar hidup kami waktu tu. Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik-kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yang tiba-tiba berubah.

 

[SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: KUTIP BARANG TERPAKAI KAT TONG SAMPAH..IJAT SANGGUP BUAT SEMUA INI UNTUK MASUK ASRAMA]