DUNGUN - Tidak ada siapa yang mahu berjumpa dengan makhluk halus dan juga hantu.

Sekiranya 'terjumpa', itu dikira pengalaman seram yang mungkin akan diingati sampai bila-bila.

Begitu juga dengan aku..berdepan dan ternampak kelibat makhluk itu tidak pernah difikirkan sebenarnya tetapi itulah yang terjadi ketika aku berada di bangku sekolah rendah yang terletak di Dungun, Terengganu.

Aku yang lebih senang dikenali dengan nama Yeo dalam kalangan rakan-rakan sekolah, mempunyai beberapa pengalaman mistik untuk dikongsi dengan semua.

Pengalaman pertama yang menakutkan itu bermula ketika aku berusia 10 tahun.

Di sekolah yang aku belajar ini terdapat dua blok bangunan iaitu satu blok lama yang menempatkan murid tahun 1, 2 dan 3 manakala satu blok baru untuk murid tahun 4, 5 dan 6.

Blok lama ini sudah biasa kedengaran kisah-kisah mistik antaranya ada seorang murid pada suatu masa dahulu terlibat dalam kemalangan ngeri sewaktu sedang menduduki peperiksaan. Kepalanya hancur di gilis lori dan dia mati di tempat kejadian.

Penduduk kampung ada bercerita, mereka pernah melihat murid itu menangis di blok lama tersebut kerana keputusan peperiksaannya yang kurang cemerlang..

Tidak kurang juga, versi cerita lain yang mengatakan kewujudannya berpunca kerana ada individu yang kejam telah memerah air limau di lokasi kemalangan murid tersebut sehingga menyebabkan rohnya terganggu.

Berbalik pada kisahku pula, aku sebenarnya bukan mahu bercerita tentang murid yang sering menangis itu tetapi apa yang ingin aku kongsikan adalah kelibat anak kecil di tandas sekolah.

Kisahnya begini, aku dan rakan-rakan seramai empat orang membantu cikgu Halim dengan mengangkat barangan komputer yang rosak di tingkat satu blok lama untuk diletakkan di stor yang berada di tingkat bawah.

Ketika khusyuk memilih barangan yang rosak, aku beritahu rakan bahawa biar aku pergi ke stor dahulu kerana barang yang ingin di angkat terlalu banyak.

Semasa berjalan menuju ke stor seorang diri, aku terpaksa melalui hadapan tandas terlebih dahulu sebelum sampai ke stor tersebut.

Tiba-tiba, aku ternampak kelibat anak kecil berada dalam tandas murid lelaki, yang terletak bersebelahan dengan stor.

 

[SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: KELIBAT 'ANAK KECIL' MENIARAP DALAM TANDAS..RUPA-RUPANYA 'ANAK KECIL' ITU ADALAH..]