PASIR MAS - Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim Satu menganjurkan kejohanan merentas desa yang merupakan acara tahunan sukan sekolah.

Guru besar, Kamaruzaman Abdullah berkata, penganjuran itu menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan olahraga.

“Ini salah satu daripada aktiviti kokurikulum dan ia melibatkan murid bermula dari Tahun Satu hingga Enam.

“Kejohanan ini memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengalaman dengan melihat dunia luar melalui acara merentas desa,” katanya.

Menurutnya, ia bukan sekadar aktiviti fizikal semata-mata tetapi lebih kepada pembelajaran di luar sekolah.

Kamaruzaman berkata, sebelum merentas desa, guru dan murid mengadakan senamrobik untuk memanaskan badan.

Katanya, untuk acara merentas desa, pihak sekolah turut menyediakan hadiah kepada murid yang berjaya sampai awal ke garis penamat.

Beliau berkata, hadiah ini disediakan bagi memberi semangat dan galakan kepada mereka.

“Pada tahun ini kami cuba melakukan kelainan dengan turut mengadakan ceramah kesihatan yang disampaikan  oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bandar.

“Ceramah kali ini memberi fokus kepada bahaya merokok kepada murid.

“Ia khusus untuk murid Tahun Enam yang akan melangkah ke alam remaja,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Pasukan Dex`rac dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAK), di sini, layak mewakili negara untuk kali keempat dalam pertandingan akhir Formula One In School World, di Singapura, tahun depan.
  • KOTA BHARU - Mencuba sesuatu yang berlainan daripada kebiasaan pastinya mampu mencetuskan keseronokan sekali gus melegakan sedikit tekanan selepas 10 bulan menelaah ilmu.
  • KUALA LIPIS - Ibu bapa dalam kalangan masyarakat minoriti Orang Asli perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.
  • JUGRA - Bagi meraikan anak-anak istimewa yang mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang, sebuah majlis keraian 'Malam Sejuta Inspirasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jugra' telah diadakan baru-baru ini.
  • KOTA BHARU - Perasaan takut kepada mati pasti ada dalam diri manusia apatah lagi untuk menghadapinya.